Tuesday, April 17, 2012

Gagal

aku tak rasa blog ini bakal dihapuskan.. aku rasa masih boleh menjadi teman aku untuk jangka masa yang tak pasti sampai bila.. sampai aku gembira dengannya.. sampai aku terkubur dengannya.. atau sampai masanya nanti..

aku yang tak reti berbahasa.. gagal untuk sembunyikan nafsu.. gagal untuk menutup kelemahan.. gagal untuk menjadi ketua suatu hari nanti.. tapi tak pasti.. semua itu mungkin tidak pasti.. yang hanya ada angan angan sahaja.. angan angan yang direka untuk menyembuh perasaan yang gagal tadi.. jikalau ia menyembuhkan.. tapi itu semua tidak pasti..

kehidupan yang disusahkan atau kehidupan yang memang susah.. yang gagal pasti akan terus gagal? atau hanya perasaan gagal yang direka reka? itu juga tidak pasti.. masa hadapan belum pasti akan mengikut rentak kita.. rentak hidup kita.. kau tak gembira.. kerana kegagalan aku..



ok terima kasih..

Tuesday, April 3, 2012

Blog Yang Aku Rindu

lama dah aku tinggalkan blog ni.. rasa macam break dengan awek lepas tu couple balik.. lepas tu jadi macam tak biasa.. rasa macam kekok nak bersembang.. rasa macam kononnya dah berubah.. lepas tu takkan buat perkara yang sama lagi sekali.. tipikal untuk aku fikirkan benda tu.. tapi itulah yang membayangkan aku dengan blog ni..

"awak rindu saya tak?"

kalau blog ni boleh bercakap aku break balik dengan dia kot.. takut.. aku macam tak suka nak jadikan blog sebagai tempat luahan perah-saan sangat.. sebab.. blog pun bukan private untuk aku ceritakan hal-hal peribadi aku..

banyak jugak terjadi dalam hari hari aku sebelum ni.. dari menjadi orang ke manusia.. dari satu ke dua.. dari meja sana ke meja sini.. perubahan demi perubahan aku cuba buat.. pastinya untuk kebaikan aku juga..

aku cerita panjang panjang macam ni sebab blog ni bakal aku lupuskan kewujudannya.. erti kata lain aku nak break lagi dengan blog ni.. cuma taktau nak cakap macam mana.. sebab aku tak reti nak hapuskan dia.. aku sedang mencari pengganti blog ni.. aku dah dapat tumblr.. aku dah dapat twitter.. aku dah dapat facebook.. hanya pengganti blog ni saja yang belum..

minta maaf banyak banyak jika perlakuan aku dalam blog ini tidak menyenangkan beberapa pihak.. pastinya yang baik datang dari-nya, yang buruk aku akan cuba perbaiki..

ok terima kasih..

Friday, June 24, 2011

MADE 2009


dear pari pari.. i wish for a mountain bike.. give me two mountain bike please..

ok terima kasih

Sunday, June 19, 2011

Bapak

aku susah nak bercakap dengan bapak.. tapi bapak faham akan anak anaknya.. bapak memang hero.. susah nak sebut ayat 'sayang bapak' walaupun pada hari bapa..
terima kasih bapak.. sayang bapak

Tuesday, June 14, 2011

Muka Leper 2

haha.. ini adalah evolusi dari entry sebelum ni.. saja nak explore style sejauh mana binatang ni boleh aku buat.. sebenarnya banyak lagi.. ini je yang aku sempat nak buat.. eheh.. ganas tak?? orang dengki je cakap tak.. haha.. gurau je..


ok terima kasih

Sunday, June 12, 2011

Muka Leper

tadaaaa!!! bosan!!! ok terima kasih